Kerjaya Pengiran Muda Abdul Qawi

Selepas tamat pengajian pada tahun 1998, Pengiran Muda AbdulQawi mula berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidik di Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan, Negara Brunei Darussalam. Beliau kemudiannya meletak jawatan pada tahun 2000 dan menceburi bidang perniagaan. Beliau dilantik sebagai Timbalan dan Pengerusi Eksekutif QAF Brunei, ahli Kumpulan Baiduri dan Pengarah Bank Baiduri dari tahun 2000 hingga 2010. Beliau juga menganggotai Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN dari tahun 2002 hingga 2012. Beliau menyertai Lembaga Pengarah KLW Holdings Limited pada 30 September 2014 sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif. Beliau juga merupakan Pengerusi The Brunei Hotel, National Insurance Bhd, QOS Sdn Bhd, Everon Sdn Bhd dan Supremo Management Services Sdn Bhd di Brunei. Beliau telah menjadi ahli aktif: Majlis Perniagaan Asia Timur INSEAD sejak 2005; Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Asia-Pasifik sejak 2004; dan Penaung Persatuan Usahawan Muda Brunei sejak 2010.[2]